Berita Sukan
Mat Yo kini bergelar jurulatih
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen-73.jpg)
KUALA LUMPUR 17 April - Bekas pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya memilih karier kejurulatihan sebagai cabang baharu berkongsi pengalaman sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya.
Sebagai permulaan, bekas bintang Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilantik sebagai penolong pengendali skuad Bawah 23 (B-23) Kuala Lumpur City Extension bagi saingan 2024/25.
Menurut Kuala Lumpur City Extension ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan keterujaan kelab Lembah Klang menyambar khidmat pemain berusia 38 tahun tersebut dalam barisan jurulatih kelab.
"Lebih mesra di sapa Mat Yo, Norshahrul telah meninggalkan impak yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah bola sepak Malaysia, terutamanya semasa kejayaan Harimau Malaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010.
"Terkenal dengan bakat dan tipu muslihatnya yang unik, Norshahrul telah menjadi tonggak bola sepak Malaysia, menyumbang kepada tiga kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan dua Piala FA.
"Pencapaian luar biasa beliau termasuk memperoleh tiga gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak tiga kali berturut-turut," kata Kuala Lumpur City Extension dalam satu hantaran dimuatnaik di media sosial kelab tersebut.
Sebagai rekod, Mat Yo, pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebanyak 83 kali, telah menjaringkan 14 gol dari 2007 hingga 2021.
#SHARULIDLANTALAHA #MATYO #KLCITY #HARIMAUMALAYA
Berita berkaitan
July 4, 2024, 11:48 am
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
July 1, 2024, 12:02 pm
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am