TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Tunku Mahkota Ismail, Khabib bincang buka gimnasium latihan di Johor

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 Okt - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima kunjungan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov, semalam  

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi laman X, HRH Crown Prince of Johor dengan program pembangunan belia antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu.

"Antara topik perbincangan adalah mengenai program pembangunan belia dan cadangan membuka gimnasium latihan rasmi Khabib di negeri Johor," kata Tunku Mahkota Ismail di laman X.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu dengan penstrim video terkemuka dunia, IShowSpeed di Stadium Sultan Ibrahim.

Pertemuan kedua-dua individu itu menaikkan saham Harimau Selatan memandangkan IShowSpeed mempunyai jumlah pengikut mencecah 50 juta.

Speed yang berada di Singapura bagi jelajah Asia Tenggaranya hadir ke Stadium Sultan Ibrahim dan berpeluang menonton aksi antara JDT dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

+ - reset