Berita Dunia
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar

BANGKOK 2 Okt - Seramai 25 orang disahkan terkorban dalam kejadian kebakaran bas sekolah di Pathum Thani, semalam.
Jurucakap pihak berkuasa mengesahkan bas itu antara tiga bas yang disewa oleh Sekolah Wat Khao Phaya Sangkharam di Uthai Thani, untuk membawa pelajar sekolah rendah dan guru bersiar-siar ke Ayutthaya.
Beliau berkata, selepas kebakaran dipadamkan, mereka menemui sejumlah 22 mayat pelajar dan tiga mayat guru.
"Sejumlah 19 individu yang lain terselamat," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya Biro Polis Wilayah 1, Mejar Jeneral Sipakhom Iamwong, mengesahkan bas berkenaan membawa 38 pelajar dan enam guru.
Beliau berkata, usaha mengeluarkan mayat agak mencabar kerana kerosakan besar yang disebabkan oleh kebakaran itu.
Terdahulu, pasukan forensik polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul, berkata bantuan kren diperlukan untuk mengakses bahagian dalam bas dengan selamat.
Difahamkan, ketika kejadian, guru dan pelajar itu melawat Wat Phra Si Sanphet di Ayutthaya.
Mereka kemudian menuju ke pusat pembelajaran Pejabat Penjanaan Elektrik Phra Ram 6 di daerah Bang Kruay Nonthaburi apabila kemalangan itu berlaku. - Agensi
Berita berkaitan
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm
Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera
April 6, 2025, 1:36 pm
Ribuan rakyat AS mulakan protes tolak dasar Trump, desak pertahankan demokrasi
April 3, 2025, 9:55 am
AS kenakan tarif timbal balik baharu, Malaysia terlibat
March 30, 2025, 10:22 am
Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini
March 28, 2025, 3:59 pm
Bangunan pencakar langit runtuh, gempa bumi kuat gegar Thailand
March 10, 2025, 6:22 pm
Mark Carney Perdana Menteri Kanada yang baharu
March 4, 2025, 10:57 am
31 maut termasuk budak 3 tahun, bas bertembung dengan trak
February 24, 2025, 1:17 pm
China temukan koronavirus baharu, bawaan daripada kelawar
February 24, 2025, 9:29 am