TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Rapid Bus hentikan perkhidmatan 'bas condong' serta merta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 April - Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) telah menghentikan perkhidmatan sebuah bas yang didakwa condong sehingga tular di media sosial.

Rapid Bus dalam kenyataannya berkata, video tersebut yang diambil pada hari Sabtu, 13 April 2024 pada kira-kira jam 6.45 petang adalah merupakan bas laluan 202 yang sedang membawa tiga (3) orang penumpang dalam perjalanan dari Hab Wira Damai menuju ke Lebuh Ampang melalui Gombak.

"Ketika video tersebut dirakam, Kapten Bas telah mengesan keadaan bas yang mula mencondong dan dengan segera telah mengambil keputusan untuk memberhentikan bas di hentian bas yang terdekat iaitu hentian KL913 Diamond Square bagi menurunkan penumpang dan untuk mendapatkan bantuan teknikal daripada Pusat Kawalan Operasi Rapid Bus.

"Pihak Kawalan Operasi Rapid Bus telah mendapati bahawa bas tersebut tidak lagi sesuai untuk operasi disebabkan “air bellow suspension” yang bocor di bahagian tayar semasa operasi. Bas tersebut telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta dan laluan tersebut telah disambung oleh bas yang berikutnya," katanya.

Dalam pada itu, Rapid Bus turut memohon maaf diatas ketidakselesaan yang timbul di kalangan orang ramai dan ingin memberi jaminan bahawa keselamatan dan keselesaan penumpang adalah menjadi keutamaan, dan pihak Rapid Bus tidak akan mengoperasikan bas yang tidak memenuhi piawaian. - MEDIA TELUS

#RAPIDBUS #BAS #RAPIDKL #GOMBAK 

+ - reset