Berita Politik
Kalah PRK DUN Mahkota petanda BERSATU ditolak Melayu sendiri - Faiz Na'aman

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 29 Sept - Kekalahan besar calon BERSATU dalam pilihan raya kecil DUN Nenggiri dan DUN Mahkota semalam mencetuskan perdebatan hangat mengenai sokongan masyarakat Melayu dan Bumiputera terhadap parti tersebut.
Keputusan itu dianggap sebagai isyarat jelas bahawa majoriti rakyat Malaysia, terutamanya dari kelompok Melayu dan Muslim, menolak politik yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) selepas PRU15.
Penganalisis politik, Dr Muhammad Faiz Na'aman, berkata, kekalahan berturut-turut itu mencerminkan penolakan terhadap pendekatan politik 2R (rasuah dan rasisme) yang semakin tidak relevan.
Katanya, rakyat kini beralih kepada agenda yang lebih inklusif dan berorientasikan reformasi.
"Sejak bergabung dengan PAS, identiti BERSATU telah berubah dari sebuah parti yang pernah dilihat sebagai 'underdog,' kini ia terpaksa berdepan dengan realiti sebagai entiti yang semakin terpinggir.
"Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan, BERSATU menerima kemasukan tokoh ekstrem dari UMNO dan PKR, yang mencetuskan kebimbangan di kalangan ahli dan penyokong asal," katanya kepada Media Telus, di sini, hari ini.
Menurutnya, provokasi dari kelompok ekstrem dalam BERSATU-PN juga menjadi perhatian. "Dalam tempoh 24 jam, mereka menyebarkan pelbagai fitnah dan mencipta suasana paranoia di kalangan masyarakat Melayu-Islam.
"Namun, dengan ekonomi negara yang semakin stabil di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, naratif ini semakin sukar untuk dipertahankan," katanya.
Faiz turut menegaskan, ramai ahli baru BERSATU mungkin tidak menyedari sejarah perjuangan asal parti yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga mereka terjebak dalam politik ekstrem yang tidak sejalan dengan misi asal.
"Krisis kepimpinan di dalam BERSATU semakin ketara di mana watak lama dari UMNO dan PKR mendominasi pimpinan. Mereka lebih mengutamakan kedudukan dan pengaruh politik, mengabaikan kepentingan masa depan parti," jelasnya.
Menurutnya situasi itu menyebabkan BERSATU kehilangan daya saing, terutama dalam pilihan raya kecil yang menuntut calon-calon yang lebih muda.
Dalam keadaan genting itu, Dr Faiz menyeru, pengasas, akar umbi, dan pejuang tulen BERSATU perlu mempertimbangkan semula komitmen mereka.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk berhijrah kepada PKR-PH demi meneruskan agenda reformasi dan integriti.
"Ini kerana, BERSATU kini berdepan dengan cabaran besar dalam merebut kembali sokongan masyarakat Melayu dan Bumiputera. "Dengan imej dan reputasi yang semakin tercemar, parti ini perlu mengambil langkah segera untuk mengembalikan kepercayaan rakyat," katanya.
Jelasnya, hanya melalui pendekatan yang lebih moderat dan inklusif, BERSATU dapat berharap untuk membina semula sokongan dan relevansinya dalam arena politik Malaysia.
Berita berkaitan
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am
Akmal Nasrullah pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru
March 28, 2025, 11:41 am
'Kalau betul sayangkan ummah, dulu tak keluar UMNO tubuh parti lain' - Tok Mat
March 24, 2025, 11:06 am
Makin sengit, Ramanan umum bertanding Naib Presiden PKR pada pemilihan Mei ini
March 19, 2025, 2:38 pm
Utamakan cadangan DAP belakangi ketetapan Allah - Abdul Hadi
March 17, 2025, 11:09 am
Fahmi Fadzil umum bertanding jawatan Naib Presiden PKR
March 17, 2025, 9:09 am
Gobind Pengerusi baharu DAP, Guan Eng dilantik Penasihat, Loke kekal Setiausaha Agung
March 14, 2025, 2:03 pm