Berita Politik
Anwar ‘banduan terhormat’, Tun M pula 'sang saka tua'

KUALA LUMPUR, 27 Sept - Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan pandangannya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan dirinya sebagai ‘banduan terhormat’ yang dipenjarakan akibat konspirasi politik jahat.
Menurut Dr Mahathir, beliau tidak mahu mengungkit kisah lama, namun beliau merasakan terdapat keperluan untuk memberikan pandangannya.
"Tidak sebut nama tetapi sayalah sang saka tua yang zalim dan menindas rakyat. Rakyat tentu ingat semasa saya PM kali pertama dan Anwar dipecat oleh Umno pada tahun 1998, ada dua kes yang dihadapinya.
“Pertama kerana salah guna kuasa dan keduanya salah laku seks," kata Dr Mahathir dalam satu hantaran di media sosial.
Mahathir menjelaskan bahawa Anwar disabitkan atas tuduhan salah guna kuasa tetapi berjaya membatalkan sabitan tuduhan kedua (kes liwat) semasa proses rayuan.
"Namun begitu, hakim ketika membuat keputusan membebas Anwar, menyatakan bahawa mereka percaya bahawa salah laku seks itu memang benar berlaku," katanya yang merujuk kepada kenyataan hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Abdul Hamid Mohamed.
Dr Mahathir menegaskan bahawa dia bukan lagi perdana menteri apabila Anwar dikenakan tuduhan salah laku seksual kedua, yang juga dianggap oleh Anwar sebagai palsu.
"Tetapi ketiga-tiga peringkat mahkamah mendapati Anwar bersalah. Perdana menteri pada masa itu ialah Najib dan menteri dalam negeri ketika itu ialah Zahid Hamidi. Siapa dia sang saka pada masa itu tidak disebut," katanya.
Dr Mahathir turut mengulas mengenai kerjasama mereka dalam Pakatan Harapan (PH) yang mana PH menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri menjelang pilihan raya umum 2018 dengan syarat dia menyerahkan jawatan itu kepada Anwar apabila dia meletak jawatan.
"Saya juga bersetuju untuk Anwar yang masih ada hanya satu tahun dalam penjara dibebaskan. Malang bagi Anwar, kerajaan Pakatan Harapan jatuh apabila enam wakil rakyat Bersatu dan 10 wakil rakyat PKR keluar dari Pakatan Harapan. Tidak dapatlah saya serah jawatan perdana menteri kepada Anwar. Yang jadi perdana menteri lepas saya ialah Muhyiddin," tambahnya.
Pada Sabtu lalu, Anwar membidas pembangkang yang sering menggunakan statusnya sebagai bekas banduan sebagai modal untuk mengkritik pentadbirannya.
“Ya, saya memang bekas banduan, tapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji," tegasnya.
Anwar turut menyebut tokoh-tokoh pembangkang yang tampil membelanya semasa menjadi mangsa kezaliman ketika menjadi timbalan perdana menteri dahulu, seperti bekas presiden PAS Allahyarham Fadzil Mohd Noor dan bekas mursyidul am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta bekas imam besar Masjid Negara, Taib Azamudden Mohd Taib.
Kenyataan Dr Mahathir ini menambah lagi ketegangan antara dua tokoh politik utama negara yang pernah bersekutu dan berhadapan secara politik selama bertahun-tahun.
Berita berkaitan
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am
PRK Ayer Kuning: Jangan guna modal fitnah nak menang pilihan raya - Mat Sabu
April 14, 2025, 12:21 pm
Aminuddin Harun kekal Ketua Cabang PKR Port Dickson
April 13, 2025, 3:26 pm
Rafizi, Amirudin kekal Ketua Cabang PKR di kawasan masing-masing
April 11, 2025, 1:05 pm
Ahli PKR tegur mufti, minta jangan politikkan isu penguatkuasaan
April 10, 2025, 1:15 pm
MP Bukit Bendera kecam permintaan PAS Pulau Pinang batalkan sambutan Songkran hujung minggu ini
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am