Berita Jenayah
Dihantar terus ke penjara, PU Azman akan buat rayuan
KLANG 27 Sept - Pihak pembelaan Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman akan memfailkan rayuan berkaitan hukuman penjara selama 24 tahun dan dua sebatan yang telah disabitkan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki.
Selain rayuan hukuman, pihak pembelaan juga akan memfailkan keputusan berhubung penangguhan hukuman yang ditolak Mahkamah Sesyen hari ini.
Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman Syah berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan secepat mungkin di Mahkamah Tinggi di sini.
“Kami semestinya akan membuat rayuan nanti (bagi menangguh dan menggantung hukuman itu). Kesemua proses itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi Klang ini,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes.
Terdahulu Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman.
Hakim Noridah menjatuhkan hukuman itu, selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Azman Syah, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir pembelaan kes itu.
“Selepas mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksima, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. OKT (Orang Kena Tuduh) didapati bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan,” kata Hakim Noridah.
Bagi pertuduhan pertama hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan manakala pertuduhan kedua jumlah penjara sama dan satu sebatan yang mana hukuman itu berjalan secara berasingan.
Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman dan tertuduh dihantar ke Penjara Kajang serta-merta.
Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selepas selesai hukuman.
Terdahulu sebelum hakim menjatuhkan hukuman, Mahkamah Sesyen turut dikemukakan pernyataan impak mangsa yang dibacakan oleh jurubahasa.
Antara kandungan pernyataan itu, akibat kejadian itu, mangsa kini mengalami trauma berpanjangan dan mengalami kecederaan fizikal serta emosi selepas kejadian ‘hitam’ itu.
Malah hidup mangsa sudah berubah selama-lamanya dan sentiasa berada dalam ketakutan ketika berada dalam masyarakat serta keluarga juga malu untuk menyertai aktiviti komuniti setempat.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Azman Syah turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm
Remaja 15 tahun diculik, tujuh suspek ditahan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm