Berita Hiburan
Terima bunga hari jadi, Fazura ucap terima kasih pada Fattah

KUALA LUMPUR 27 Sept - Pelakon Nur Fazura berkongsi foto jambangan bunga dan kad ucapan kiriman suami yang juga pelakon Fattah Amin di Instagram Story.
Menerusi hantaran itu, Fazura turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Fattah atas bingkisan dan ingatan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, hari ini.
"Terima kasih daddy Fatima", tulisnya ringkas.
Sementara itu, meskipun mereka sedang berdepan kemelut rumah tangga, namun Fattah tetap mendoakan semoga isteri tercinta dikurniakan kebahagiaan dalam kehidupan.
"Selamat Hari Lahir Mommy. Daddy doakan di hari kelahiran, Mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kabahagiaan dunia dan akhirat selamanya," luah pelakon drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir ini.
Terdahulu dalam hantaran berbeza, Fazura berikrar untuk lebih menyayangi dirinya sendiri.
"Permulaan sebuah janji adalah untuk lebih menyayangi diri sendiri," luahnya.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran dalam akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan dalam laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ke gaung!
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm
Mimi Fly akur teguran, turun MV lagu raya ‘Serumpun’ dari YouTube
March 13, 2025, 2:06 pm
Siti Nurhaliza meriahkan raya dengan single baharu “Raya Nak Ke Mana?”
March 7, 2025, 10:41 am
Fattah Amin luah rasa rindu, tidak dapat bertemu anak
March 4, 2025, 1:43 pm