Berita Jenayah
Selamba COD 3kg ganja bentuk biskut, pemandu lori ditahan
TAWAU 27 Sept - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan modus operandi bayaran tunai semasa penghantaran (COD) didalangi lelaki tempatan di sini, Isnin lalu.
Kegiatan pemandu lori berumur 39 itu terbongkar selepas dia ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di kawasan Megah 2 di sini, jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pemeriksaan terhadap suspek menemukan 9.98 gram dadah jenis ganja.
Dengan dipandu arah suspek polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, jam 1.40 tengah hari pada hari sama.
"Pemeriksaan di rumah itu, polis menemui 3,322.72 gram ganja mampat dalam pelbagai bentuk dan saiz menyerupai biskut termasuk yang disimpan di dalam balang kaca.
"Suspek dipercayai memperoleh ganja berkenaan dari luar daerah ini selain bergerak aktif sejak setahun lalu dengan menyasarkan pelanggan tempatan," katanya dalam laporan Kosmo, hari ini.
Mengulas lanjut, Jasmin berkata modus operandi suspek adalah membuat penghantaran dadah kepada pelanggan secara COD selepas mendapat pesanan daripada pelanggan dengan harga serendah RM100 bagi setiap 5 gram ganja berkenaan.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing suspek juga didapati positif dadah jenis ganja tetrahydrocannabinol (THC) selain mempunyai dua rekod jenayah lampau dan pernah disabitkan dengan Seksyen 15 (1)(a) Aktad Dadah Berbahaya 1952.
"Suspek direman tujuh sehingga 1 Oktober depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am