TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Budak lelaki cedera seluruh badan dipercayai didera, suami isteri ditahan reman tujuh hari

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KLUANG 26 Sept – Polis menahan reman pasangan suami isteri selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes dera terhadap anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua suspek berusia 20-an itu ditahan jam 1.50 pagi tadi di perkarangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

"Pada 24 September jam lebih kurang 9.50 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan telefon daripada seorang doktor di wad kecemasan HEBHK yang memaklumkan menerima seorang pesakit kanak-kanak tempatan.

"Pemeriksaan mendapati pesakit disyaki didera kerana terdapat beberapa kecederaan pada badan.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tiada rekod kesalahan kes jenayah dan kes narkotik selain hasil saringan ujian air kencing didapati negatif," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) akta Kanak-Kanak 2001.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya," katanya.

Dalam pada itu, tular di laman Facebook satu hantaran dari pemilik akaun bernama Joan Ng meminta pertolongan orang ramai supaya membantu mencari ahli keluarga kanak kanak malang itu. – Media Telus

 

+ - reset