Berita Hiburan
5 orang penyebar fitnah sudah dikenal pasti, Fazura kemuka saman berhubung kes cerai

KUALA LUMPUR 25 Sept – Aktres Nur Fazura Sharifuddin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap lima individu yang sudah dikenal pasti mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung kes perceraiannya dengan suami, Fattah Amin.
Peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, pihaknya bakal menghantar surat tuntutan (Letter Of Demand) kepada individu berkenaan dalam masa terdekat ini.
"Pihak pengurusan Fazura terkilan dengan kenyataan dirasakan sudah menfitnah Fazura. Perkara yang diperkatakan itu tidak benar.
"Kami mahu beri satu peringatan bahawa kami sudah kenal pasti pihak tertentu dan tindakan sepatutnya akan diambil melalui pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Saman melalui prosiding mahkamah juga akan dibuat terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah sepanjang kes perceraianya mula diperkatakan sehingga sekarang," katanya selepas prosiding kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.
Pada 19 September lalu, media melaporkan pengurus aktres itu, Iman Tang menafikan Fazura pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran permohonan cerai terhadap Fattah Amin termasuk berkongsi tarikh prosiding seperti yang tular dalam media sosial.
Tang berkata, syarikat pengurusan termasuk peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai secara baik Fazura terhadap Fattah seperti yang tular.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti berkenaan ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ke gaung!
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm
Mimi Fly akur teguran, turun MV lagu raya ‘Serumpun’ dari YouTube
March 13, 2025, 2:06 pm
Siti Nurhaliza meriahkan raya dengan single baharu “Raya Nak Ke Mana?”
March 7, 2025, 10:41 am
Fattah Amin luah rasa rindu, tidak dapat bertemu anak
March 4, 2025, 1:43 pm