Berita Jenayah
Penjenayah dikehendaki mati ditembak di Rawang
RAWANG 25 Sept – Polis menembak mati seorang lelaki yang juga penjenayah dikehendaki di Kampung Baru Kundang, di sini, awal pagi ini.
Ketika kejadian jam 2 pagi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang juga penjenayah dikehendaki.
Dalam kejadian itu, mereka yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dipercayai enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis.
Difahamkan, pasukan polis melepaskan tembakan balas dan mengenai seorang suspek, manakala beberapa suspek lagi dapat ditahan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan menerusi sidang media atau kenyataan media dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am