TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Tak tahan kena leter, penganggur pukul belakang kepala isteri dengan bongkah kayu di Jempol

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Sept – Seorang lelaki layak diberi gelaran suami dari neraka apabila sanggup memukul isterinya sehingga cedera menggunakan bongkah kayu hanya kerana tidak tahan mendengar leteran supaya keluar mencari kerja.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa sebelum itu menegur suaminya berusia 36 tahun kerana didakwa sering mabuk, menganggur dan tidak membantu mengurus rumah.

Katanya, berang dengan teguran itu, suspek mengambil bongkah kayu ukiran gajah di ruang tamu rumah dan memukul belakang kepala isterinya sebanyak dua kali.

"Anak lelaki pasangan itu melihat kejadian berkenaan dan menghalang suspek terus memukul mangsa. Wanita berkenaan kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Jempol," katanya semalam.

Chang Hook berkata, polis yang menerima laporan kejadian itu berjaya menahan mangsa yang kemudian direman tiga hari sehingga esok.

"Siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek dijangka dituduh Mahkamah Majistret Bahau, esok," katanya.

+ - reset