Berita Politik
PRK DUN Mahkota: MIC yakin kaum India undi calon BN

KLUANG 23 Sept – Pengundi kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota diyakini akan memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ia berdasarkan maklum balas positif pengundi yang diterima ketika berkempen di pusat daerah mengundi (PDM), selain usaha berterusan kerajaan Johor menjaga kebajikan kaum India.
"Penduduk di sini dapat melihat bagaimana BN memastikan permasalahan dihadapi pengundi diselesaikan, selain calon kita juga adalah calon yang baik, muda serta ada pengalaman politik dan datang dari keluarga banyak berjasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Masyarakat India sempena PRK itu di sini semalam.
Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi BN; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Syed Hussien.
Vigneswaran berkata, MIC akan mempergiatkan kempen bagi mengingatkan pengundi India untuk tidak terpedaya dengan cubaan pembangkang menarik undi daripada BN.
Sementara itu, Syed Hussien berikrar menunaikan janji untuk berkhidmat secara 'buta warna' kepada semua penduduk, jika diberikan mandat rakyat menerusi PRK itu.
PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.
Berita berkaitan
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am
Akmal Nasrullah pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru
March 28, 2025, 11:41 am
'Kalau betul sayangkan ummah, dulu tak keluar UMNO tubuh parti lain' - Tok Mat
March 24, 2025, 11:06 am
Makin sengit, Ramanan umum bertanding Naib Presiden PKR pada pemilihan Mei ini
March 19, 2025, 2:38 pm
Utamakan cadangan DAP belakangi ketetapan Allah - Abdul Hadi
March 17, 2025, 11:09 am
Fahmi Fadzil umum bertanding jawatan Naib Presiden PKR
March 17, 2025, 9:09 am
Gobind Pengerusi baharu DAP, Guan Eng dilantik Penasihat, Loke kekal Setiausaha Agung
March 14, 2025, 2:03 pm