TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM sindir pembangkang yang menyepi walaupun ringgit sedang kukuh

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan pembangkang yang masih menyepi walaupun ringgit sedang kukuh kini.

Jelasnya, tindakan Rizab Persekutuan AS (untuk memotong kadar pinjaman utama) akan memberi ruang untuk pengukuhan ringgit.

"Alhamdulillah, ringgit lebih baik walaupun kadang-kadang rakan sebelah sana tak nampak, tetapi kalau ringgit jatuh, dia hentam dan caci berterusan," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Kampung Pasir, hari ini.

Terdahulu, Rizab Persekutuan AS telah memotong kadar pinjaman utamanya sebanyak setengah mata peratus, pengurangan pertama sejak pandemik Covid-19.

Rizab Persekutuan AS memutuskan untuk memotong Kadar Faedah Federal (FFR) sebanyak 50 mata asas, menjadikannya 4.75 peratus - 5.00 peratus daripada 5.25 peratus - 5.50 peratus.

Walau bagaimanapun, ahli ekonomi berkata Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mungkin bergerak seiring secara langsung dengan pemotongan agresif oleh Fed.

Ringgit telah mengukuh kepada 4.1789 berbanding dolar AS, disokong oleh pemotongan kadar baru-baru ini oleh Fed AS.

Ringgit Malaysia telah mencecah RM4.19 berbanding dolar AS hari ini. - Media Telus

+ - reset