TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa negara hingga awal November

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

PETALING JAYA 20 Sept. -  Musim peralihan monsun dijangka bermula pada Selasa (24 Sept) dan akan berlanjutan hingga awal November.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan bahawa permulaan musim peralihan monsun menandakan berakhirnya musim monsun barat daya yang telah berlaku sejak 17 Mei.

"Semasa tempoh peralihan monsun, negara akan mengalami angin lemah yang bertiup dari pelbagai arah.

"Keadaan ini boleh menggalakkan berlakunya ribut petir, sering kali disertai dengan hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di pantai barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah, dan barat serta tengah Sarawak.

"Keadaan cuaca seperti ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, dan kerosakan pada struktur yang tidak stabil," kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada semasa tempoh ini dan sentiasa mengikuti ramalan cuaca serta amaran yang dikeluarkan melalui laman web rasmi, aplikasi mudah alih myCuaca, dan saluran media sosial rasmi MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi hotline jabatan di 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. - Media Telus

+ - reset