Berita Berita
Air pasang besar, 30 rumah di Hilir Perak, Bagan Datuk dilanda banjir
TELUK INTAN 20 Sept. - Lebih 30 rumah di daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk terjejas akibat fenomena air pasang besar yang melanda pada pagi Jumaat.
Kapten Mohd Affindi Ishak, Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Hilir Perak, memaklumkan bahawa kejadian ini berlaku sekitar jam 7 pagi di lima lokasi berbeza dalam daerah tersebut.
Kawasan yang terlibat termasuk Jalan Mak Intan, Kampung Esso Jalan Maharajalela, Batu 2 1/2 Kampung Jeti Pak Ali, Lorong Kalat Jalan Maharajalela, dan Batu 5 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang.
"Berdasarkan pemantauan, ketinggian banjir mencapai 0.28 meter akibat limpahan air dari sungai berhampiran disebabkan fenomena ini. Namun, tiada penduduk yang dipindahkan kerana paras air menunjukkan penurunan. Kami akan terus memantau situasi ini," katanya pada Jumaat.
Mohd Affindi turut menambah bahawa beberapa jalan utama seperti Kilometer 1 Jalan Maharajalela, Jalan Pasar, Selekoh Taisan Batu 5, dan Jambatan Batu 5 juga dilaporkan dinaiki air.
Limpahan air ini telah berlaku sejak beberapa hari lepas, dengan dua kejadian air pasang pada Khamis yang menyebabkan rumah-rumah penduduk terjejas.
Beliau memberi amaran bahawa fenomena ini dijangka berterusan sehingga hujung minggu, dan pemantauan akan dilakukan secara berkala oleh anggota yang bertugas.
Di daerah Bagan Datuk, fenomena air pasang besar juga memberi kesan kepada penduduk dengan 16 rumah di empat kawasan terjejas. Kawasan yang terlibat termasuk Kampung Sungai Dulang, Kampung Tanah Lalang, Pekan Sungai Tiang Baroh, dan Bagan Sungai Tiang. - Media Telus
Berita berkaitan
November 10, 2024, 2:18 pm
Dakwaan ada bantuan RM200 dalam MyKad setiap bulan adalah palsu - MoF
November 10, 2024, 2:09 pm
Lapan wanita warga asing ditahan, guna hotel bajet jadi sarang pelacuran
November 10, 2024, 1:55 pm
Letupan di Lubnan, 6 anggota Malbatt hanya cedera ringan
November 10, 2024, 10:37 am
PM beri syarahan umum di Universiti Al-Azhar
November 10, 2024, 10:30 am
Remaja perempuan terjatuh dari tingkat 16 selepas berselisih faham dengan kekasih
November 9, 2024, 6:47 pm
Polis siasat khatib bangkit isu pemberian kewarganegaraan kepada Rakyat China dalam khutbah Jumaat
November 9, 2024, 6:38 pm
6 warga Malaysia diberi makanan halal di Penjara Narathiwat, pakaian menutup aurat
November 9, 2024, 6:28 pm
Fashion Valet: SPRM tak perlu tunggu laporan rasmi siasat perkara libat dana awam
November 9, 2024, 6:20 pm
Jumlah warden di UPNM akan ditambah - Adly
November 9, 2024, 6:15 pm