TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

MALBATT 850-11 diserang rakyat Lubnan, ATM sahkan semua anggota selamat

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa kesemua anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) selamat selepas berdepan insiden tindakan melampau orang awam di Lubnan pada 18 September 2024.

Menurut kenyataan ATM, insiden berlaku sekitar jam 11.32 malam waktu Malaysia (5.32 petang waktu Lubnan) ketika dua kenderaan Fitted For Radio (FFR) yang dinaiki tiga pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah setelah melaksanakan tugas perlindungan di Kem Shama, Markas UNIFIL.

Kejadian berlaku di bandar Tyre ketika kesesakan jalan luar biasa, di mana kumpulan orang awam cuba memberhentikan kenderaan MALBATT dan bertindak agresif.

Hampir 30 orang awam membaling batu dan memancitkan tayar kenderaan menggunakan senjata tajam.

Ketua pergerakan MALBATT mengarahkan kenderaan berhenti di tempat selamat sehingga bantuan tiba. Pasukan Tentera Lubnan (LAF) segera tiba di lokasi dan berjaya mengawal situasi.

LAF turut membantu memindahkan kenderaan dan anggota MALBATT ke Kem Marakah dengan selamat pada jam 1.39 pagi waktu Malaysia (7.39 petang waktu Lubnan).

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini, namun kenderaan mengalami kerosakan kecil. MALBATT 850-11 akan meneruskan misi mereka mengikut mandat UNIFIL, dan ATM meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan imej tentera dan Kementerian Pertahanan. - Media Telus

+ - reset