TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

CEO GISBH, isteri dan anak direman 7 hari

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 19 Sept. - Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, bersama 18 yang lain direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 25 September itu dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas membenarkan permohonan pihak polis di Mahkamah Majistret di sini.

Semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun terdiri 12 lelaki dan tujuh wanita akan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Nasiruddin bersama beberapa pemimpin kanan termasuk isteri dan dua anaknya ditahan polis dalam Op Global susulan laporan rumah amal kendalian syarikat itu yang didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.

Mereka ditahan kira-kira jam 5.40 pagi tadi selepas serbuan dibuat terhadap empat unit kondominium di Kuala Lumpur.

Operasi dijalankan pasukan Bahagian Operasi Khas (D8), Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB) dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022. - Berita Harian

+ - reset