TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wang zakat boleh digunakan bantu bekas ahli GISBH

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 19 Set. - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menggariskan bahawa wang zakat yang dibayar oleh masyarakat Islam boleh digunakan untuk membantu anak-anak bekas ahli GISBH Holdings (GISBH) agar mereka dapat kembali bersekolah.

Selain itu katanya, wang zakat juga boleh disalurkan kepada bekas ahli pertubuhan tersebut yang ingin memulakan kehidupan baru, termasuk dalam bidang perniagaan atau pekerjaan lain.

Dr Mohd Asri menjelaskan bahawa penggunaan zakat dalam cara ini bukan sahaja membantu mereka meninggalkan kehidupan lama yang tidak sesuai, tetapi juga memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan yang lebih baik dan benar.

Beliau menyampaikan pandangannya melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini. - Media Telus

+ - reset