Berita Berita
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan, Mokhzani
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani, berkata mereka bukan subjek dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Kertas Pandora serta Kertas Panama.
Menerusi kenyataan bersama semalam, Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.
"Ia tidak berkaitan dengan sebarang pendedahan dalam Kertas Pandora dan Kertas Panama.
"Seperti yang dinyatakan oleh (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Azam Baki dalam sidang media hari ini (semalam), kami sedaya upaya memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM untuk memastikan penyelesaian yang positif dapat dicapai," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Azam mengesahkan bahawa kedua-dua beradik sudah mengisytiharkan aset masing-masing dalam tempoh ditetapkan dan SPRM kini berhubung serta berkomunikasi dengan peguam mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan dan penjelasan membabitkan pengisytiharan itu. - Bernama
Berita berkaitan
September 19, 2024, 4:58 pm
CEO GISBH, isteri dan anak direman 7 hari
September 19, 2024, 4:44 pm
Pensyarah diminta tidak beri kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan
September 19, 2024, 4:24 pm
Operasi Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup tiga hari akibat cuaca buruk
September 19, 2024, 3:55 pm
Pas bakal terima ramai ahli bukan Islam selepas pindaan perlembagaan digazetkan
September 19, 2024, 3:25 pm
Langkawi kibar bendera merah di Pantai Chenang, Pantai Tengah
September 19, 2024, 1:39 pm
KP Imigresen rancang reformasi selepas teguran SPRM
September 19, 2024, 1:29 pm
Wang zakat boleh digunakan bantu bekas ahli GISBH
September 19, 2024, 12:36 pm
Budak 6 tahun ditemukan mati lemas dalam parit
September 19, 2024, 11:43 am