TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 6 tahun ditemukan mati lemas dalam parit

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

BESUT 19 Sept. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam parit di sebuah taman di Kampung Renek, Besut, malam tadi.

Kejadian itu berlaku selepas keluarganya mengadakan majlis sambutan hari lahir.

Mangsa, Ibrahim Adham Muhammad, disedari hilang dari rumah sekitar jam 6.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, bapa mangsa membuat laporan polis setelah menyedari anaknya hilang.

Usaha mencari kanak-kanak itu membawa kepada penemuan mayatnya di dalam parit, di mana mangsa dipercayai tergelincir sebelum lemas.

Seorang penduduk yang turut mencari mangsa menemui mayat kanak-kanak itu terapung di parit. Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Abdul Rozak menjelaskan bahawa menurut keluarga, Ibrahim tidak pernah bermain di kawasan tersebut yang terletak sekitar 20 meter di belakang rumah datuknya.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Media Telus

+ - reset