TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Universiti diarah terima pelajar miskin, tangguh yuran pendaftaran

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengarahkan semua pentadbir universiti untuk menerima pelajar daripada golongan miskin dan daif, selain menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.

Beliau turut menekankan kepentingan agar universiti membantu pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau tidak mahu melihat pelajar yang berpotensi gagal meneruskan pengajian hanya kerana masalah kewangan. Pengalaman peribadinya membolehkan beliau memahami kesukaran hidup dan percaya bahawa kesempitan kewangan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk memasuki universiti.

Zambry telah mengarahkan universiti untuk menerima pelajar-pelajar ini terlebih dahulu sebelum menyusun urusan pembiayaan seperti melalui PTPTN. Antara langkah yang diambil oleh PTPTN termasuk menyediakan wang pendahuluan untuk membolehkan pelajar mendaftar sebagai mahasiswa baru di universiti.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, menekankan bahawa ilmu adalah kunci untuk mengubah kehidupan seseorang.

Beliau memberi contoh kejayaan Zambry sendiri, yang berasal daripada keluarga nelayan di Pulau Pangkor, berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di Amerika Syarikat, menjadi antara kumpulan pertama pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan akhirnya dilantik sebagai menteri.

Justeru itu katanya, usaha untuk menimba ilmu harus diteruskan tanpa henti. - Media Telus

+ - reset