Berita Jenayah
Lima termasuk anak pemimpin utama GISBH ditahan di Bukit Kayu Hitam
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Polis menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira jam 6 petang tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.
"Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.
"Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit.
"Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan. Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu adalah anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.
Minggu lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB Holdings dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.
Razarudin sebelum ini memaklumkan ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISBH dalam Op Global itu mendapati mereka mengalami penderaan fizikal dan emosi serta eksploitasi buruh termasuk dipaksa bekerja menjual barang.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH. - Media Telus
Berita berkaitan
September 19, 2024, 1:54 pm
CEO GISBH, isteri dan dua anak ditahan
September 13, 2024, 7:49 pm
Nenek 71 tahun disamun, dirogol lelaki warga asing di Cyberjaya
September 13, 2024, 4:46 pm
Polis rampas 153kg dadah bernilai RM5.88 juta, 3 anggota sindiket kena cekup
September 13, 2024, 3:15 pm
Penaja 20 rumah amal GISBH dalam siasatan polis
September 13, 2024, 12:49 pm
13 kanak-kanak disyaki telah diliwat - KPN
September 12, 2024, 2:19 pm
Sempat beri kad ATM pada scammer, pesara kerajaan hilang lebih RM1 juta
September 12, 2024, 11:33 am
Isu GISBH: Remaja 19 tahun tak mengaku dera empat budak di pusat jagaan
September 12, 2024, 10:01 am
Harta tokan dadah dilelong, polis raih kutipan lebih RM99,000
September 11, 2024, 10:33 pm