TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

2 pelancong China maut dihempap pokok, dinding konkrit di Pulau Pinang

By
|
Kongsi
image

GEORGETOWN 18 Sept - Dua pelancong warga China maut selepas beberapa kereta yang diletakkan di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan di Lebuh Gereja di sini musnah dihempap pokok tumbang bersama bongkah bangunan hari ini  

Kejadian berlaku apabila sebatang pokok besar yang melekat pada bangunan itu tercabut dan tumbang bersama sebahagian konkrit, lalu menghempap tiga kenderaan di lokasi yang menjadi tarikan pelancongan itu.

Berdasarkan maklumat, anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang terperangkap dalam kereta yang dihempap itu.

Difahamkan, mangsa iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dan wanita dipercayai anaknya yang berusia lingkungan 30-an hanya berjaya dikeluarkan daripada bawah runtuhan jam 5.15 petang.

Ketua Operasi yang juga Penguasa Bomba Zon Daerah Timur Laut, Muhammad Syafiq Noor Azman, berkata pihaknya berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit berikutan lokasi kejadian sempit dan ruang terhad untuk membawa masuk kren.

"Maklumat awal diterima mangsa baru sahaja masuk ke dalam kereta selepas keluar dari premis terbabit dan pemerhatian mendapati pokok sebesar kira-kira tiga pemeluk itu melekat pada bangunan.

"Jadi pokok itu tumbang dan membawa sekali runtuhan bongkah konkrit lalu menghempap tiga kereta yang diparkir di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

+ - reset