TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hujan lebat: 8 sungai di Kedah lepasi paras bahaya, jumlah mangsa meningkat

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

ALOR SETAR 18 Sept - Paras air di lapan sungai di negeri ini terus melepasi tahap bahaya setakat jam 7 pagi tadi.

Tujuh daripada sungai berkenaan menunjukkan trend menaik, manakala satu daripadanya menurun.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan tiga sungai di daerah Kubang Pasu, dua sungai di daerah Kota Setar dan masing-masing satu di Yan, Padang Terap serta Pendang.

Tiga sungai di daerah Kubang Pasu iaitu Sungai Terap di Kepala Batas mencatatkan bacaan 4.21 meter (m) yang melepasi tahap bahaya 3.8m manakala Sungai Bata, di Kampung Bata mencatatkan bacaan 9.39m melebihi 9.14m manakala Sungai Laka di Kampung Padang Pasir mencatatkan bacaan 22.95m melebihi 21.6 m.

Sementara itu di Kota Setar, Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan bacaan 3.19m melepasi 2.6m dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR menunjukkan bacaan 1.94m yang sudah melepasi 1.7m.

Dalam pada itu, Sungai Titi Kerbau, Kubur Panjang di daerah Pendang pula mencatatkan bacaan aras air 6.36m melepasi 6.3m, manakala Sungai Perik di Kampung Perik di daerah Padang Terap pula mencatatkan bacaan 14.83m yang melepasi 14.2m.

Sungai Gurun di Kampung Perupok di daerah Yan Pula mencatatkan bacaan 3.68m dan sudah melepasi 3.5m.

Empat sungai lagi di negeri ini iaitu Sungai Ketil dan Sungai Sedim di daerah Baling manakala Sungai Sari di Padang Terap dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya Kota Setar pula menunjukkan bacaan melebihi tahap amaran.

Sungai Ketil di Kampung Baru di daerah Baling dan Sungai Janing di Kampung Labi di daerah Padang Terap pula menunjukkan bacaan melepasi tahap waspada.

Kesemua 12 sungai di negeri ini menunjukkan trend air menaik dan dua daripadanya menurun. - Media Telus

+ - reset