TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Atuk maut, cucu cedera dihempap pokok di Pantai Balok

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 18 Sept- Kegembiraan cuti sekolah bertukar tragedi apabila seorang lelaki berusia 68 tahun, Che Zakariah Che Ali, terkorban akibat dihempap pokok tumbang semasa berkhemah bersama keluarganya di Pantai Balok petang semalam. 

Cucunya yang berusia tujuh tahun, Nurul Amni Aisyah Mohamad Afiq, turut mengalami kecederaan pada kepala dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dalam keadaan stabil.

Kejadian berlaku sekitar jam 3:10 petang ketika hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan perkhemahan. 

Difahamkan, Che Zakariah sedang duduk di depan khemahnya apabila pokok tumbang menimpanya. 

Menantunya, yang berada di dalam khemah, mendengar bunyi pokok jatuh dan bergegas keluar, namun malangnya Che Zakariah telah pun terhempap.

Mayat Che Zakariah telah dibawa ke Pusat Perubatan Sultan Haji Ahmad Shah @ IIUM Kuantan untuk bedah siasat. 

Pihak berkuasa terus menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian ini.

+ - reset