Berita Dunia
Ketua Hamas sedia 'perang panjang' di Gaza
GAZA 17 Sept - Ketua Hamas, Yahya Sinwar menegaskan pejuang Palestin mempunyai sumber untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dengan sokongan sekutu serantau yang disokong Iran, selepas hampir setahun perang di Gaza.
"Kami sudah mempersiapkan diri untuk berlawan dalam perang yang panjang ini sehingga matlamat kami tercapai iaitu negara Palestin yang berdaulat, bebas daripada campur tangan Israel.
"Kumpulan yang bersekutu dengan Iran di Gaza dan tempat lain di rantau ini juga berupaya 'mematahkan kehendak politik musuh' selepas lebih 11 bulan perang.
"Usaha gabungan kami dengan Houthi di Yaman dan kumpulan di Lubnan serta Iraq akan mematahkan musuh ini (Israel), mengalahkannya," kata Yahya yang menggantikan Ismail Haniyeh, bulan lalu.
Sementara itu, dalam pertempuran terbaharu semalam, sekurang-kurangnya 24 orang maut dalam serangan yang dinafikan dilakukan oleh Israel.
Ia berlaku ketika Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, memberi amaran bahawa potensi untuk menghentikan pertempuran dengan Hizbullah di Lubnan semakin malap, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemusnahan serantau yang lebih luas.
Gallant mendakwa kemungkinan untuk perjanjian tidak akan berhasil kerana Hizbullah terus mengikat dirinya dengan Hamas, ketika pertemuannya dengan wakil Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberitahu Hochstein bahawa beliau mahu melihat 'perubahan asas' berhubung keselamatan di sempadan utara negara, bagi membolehkan penduduk di sana kembali ke rumah masing-masing.
Perang Gaza menarik sekutu Hamas yang disokong Iran di seluruh Asia Barat termasuk Hizbullah di Lubnan dan Houthi di Yaman, di mana serangan maritimnya mengganggu perkapalan global melalui laluan air penting di Yaman.
Dalam ucapan di televisyen, pemimpin pemberontak, Abdul Malik al-Huthi berkata, operasi mereka akan diteruskan selagi pencerobohan dan pengepungan ke atas Gaza berterusan.
Israel meneruskan serangan ganas ke atas Gaza sejak Oktober lalu, meskipun Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan resolusi yang menuntut gencatan senjata serta-merta.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, hampir 41,200 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dan lebih 95,200 cedera akibat serangan terbabit.
Serangan berterusan itu juga mengakibatkan hampir keseluruhan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, sementara sekatan yang dikenakan menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan bekalan perubatan yang semakin kritikal.
Israel kini berdepan tuduhan genosid berhubung tindakannya di Gaza di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Berita berkaitan
September 12, 2024, 3:22 pm
Baru beberapa hari dilantik, rakyat asak Perdana Menteri Thailand letak jawatan
September 11, 2024, 1:37 pm
Ada pelajar Islam, Jepun mula sedia makanan halal di sekolah
September 7, 2024, 11:16 am
Ancaman bom: Pesawat India mendarat cemas di Turkiye
August 27, 2024, 10:28 am
Pengasas aplikasi Telegram ditahan kerana pornografi kanak-kanak
August 27, 2024, 10:14 am
Pemimpin Israel beri ‘lampu hijau’ orang Yahudi sembahyang, berdoa di Masjid al-Aqsa
August 20, 2024, 1:22 pm
Afrika masih tunggu vaksin, jangkitan mpox cecah 16,700 kes, 548 korban
August 20, 2024, 1:05 pm
Dua musuh kelab bola sepak India bersatu tuntut keadilan kes rogol, bunuh doktor pelatih
August 16, 2024, 2:51 pm
Paetongtarn Shinawatra jadi PM baharu Thailand
August 15, 2024, 10:46 am