TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Zakaria Shaaban dilantik Ketua Pengarah Imigresen baharu

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Datuk Zakaria Shaaban telah diumumkan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia yang baharu, berkuat kuasa mulai Selasa, menggantikan Datuk Ruslin Jusoh.

Sebelum pelantikan ini, Zakaria memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Pelantikan ini berlaku selepas Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang baharu.

Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook mengucapkan tahniah kepada Zakaria atas pelantikan tersebut dan mengalu-alukan kedatangannya untuk menjalankan tugas di jabatan itu.

"Kami warga Jabatan Imigresen Malaysia mengucapkan selamat bertugas dan berharap beliau dapat menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang," menurut kenyataan itu.

Selain itu, jabatan tersebut turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Ruslin Jusoh atas segala jasa dan sumbangannya sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarah.

"Kami mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh Datuk Ruslin sepanjang tempoh perkhidmatannya di Jabatan Imigresen Malaysia," kata kenyataan itu lagi. - Media Telus

+ - reset