TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPN sahkan beku 96 akaun GISBH terlibat eksploitasi kanak-kanak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa 96 akaun milik syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang terlibat dalam eksploitasi kanak-kanak telah dibekukan, dengan jumlah dianggarkan lebih daripada setengah juta ringgit.

Menurut Razarudin, kesemua akaun bank tersebut dibekukan untuk siasatan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

"Sehingga kini, sebanyak 96 akaun melibatkan GISBH dengan jumlah RM581,552.31 telah dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Sebanyak empat akaun telah ditutup dan lapan kenderaan telah dikeluarkan perintah pembekuan," katanya dalam sidang media di PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini.

Razarudin sebelum ini melaporkan bahawa pihaknya percaya lebih banyak kes penderaan terhadap penghuni rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH akan dapat dibongkar dalam masa terdekat.

Menurutnya, beberapa rakaman video berkaitan penderaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah-rumah amal tersebut sedang dalam penelitian pihak polis.

Beliau memberi ulasan mengenai dua rakaman video yang tular menunjukkan penderaan dialami dua kanak-kanak dipercayai penghuni rumah amal berkenaan.

+ - reset