Berita Berita
Lelaki parah, rumah ditimpa pokok di Sungai Petani
SUNGAI PETANI 17 Sept. - Seorang lelaki parah di kepala apabila sebahagian rumahnya ranap ditimpa pokok dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau awal pagi Selasa.
Mangsa yang berusia 30-an gagal menyelamatkan diri ketika berada dalam rumah kelas B terbabit setelah pokok tumbang mengenai bumbung dan sebahagian yang lain.
Mangsa bagaimanapun diselamatkan oleh pasukan bomba yang berjaya mengeluarkannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Azahari Abdullah berkata, panggilan diterima sekitar jam 1.18 pagi.
Menurutnya, pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian yang jaraknya 24 kilometer pada jam 1.44 pagi.
"Pusat Gerakan Operasi telah mengarahkan jentera FMT dan EMRS ke lokasi kejadian, setibanya di lokasi, didapati benar ada pokok tumbang menghempap sebuah rumah.
"Kejadian menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala," katanya.
Jelasnya, tindakan awal dilakukan anggota ialah mengeluarkan mangsa yang cedera dan rawatan awal dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi.
"Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.
Anggota bagaimanapun meneruskan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian. - Media Telus
Berita berkaitan
September 20, 2024, 3:59 pm
PM sindir pembangkang yang menyepi walaupun ringgit sedang kukuh
September 20, 2024, 3:03 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa negara hingga awal November
September 20, 2024, 2:41 pm
Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan GISB sebagai ajaran sesat
September 20, 2024, 1:13 pm
Tak setuju cerai jadi punca lelaki ugut mahu bakar anak
September 20, 2024, 12:51 pm
Air pasang besar, 30 rumah di Hilir Perak, Bagan Datuk dilanda banjir
September 20, 2024, 12:21 pm
MALBATT 850-11 diserang rakyat Lubnan, ATM sahkan semua anggota selamat
September 20, 2024, 11:54 am
Khairul Aming terima penghargaan rasmi PM New Zealand
September 20, 2024, 11:32 am
Alif Teega didakwa salah guna dana awam RM63,605
September 19, 2024, 4:58 pm
CEO GISBH, isteri dan anak direman 7 hari
September 19, 2024, 4:44 pm