Berita Politik
PRK Mahkota, pertembungan BN, PN bermula

KLUANG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini, menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, pada jam 10.15 pagi selepas semakan borang pencalonan kedua-dua individu diterima.
Azurawati ketika membuat pengumuman tersebut berkata, hanya calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, akan menentang calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang menyerahkan borang pencalonan.
"Syed Hussien Syed Abdullah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9 pagi.
"Manakala Mohamad Haizan Jaafar pula pada jam 9.05 pagi," katanya ketika membuat pengumuman itu di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK DUN Mahkota di dewan berkenaan.
Penyerahan borang pencalonan PRK DUN Mahkota ditutup jam 10 pagi selepas dibuka bermula jam 9 pagi.
Sebelum, penyokong calon yang bertanding hadir ke pusat penamaan calon seawal jam 7 pagi dan cuaca baik ketika proses penamaan berlangsung.
Calon yang terlibat mempunyai tempoh 14 hari untuk berkempen bagi meraih sokongan, iaitu sehingga 11.59 malam 27 September ini, diikuti hari pengundian pada 28 September manakala undi awal ditetapkan pada 24 September.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 66,318 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab pada PRK itu, terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,510 tentera serta pasangan, 401 polis dan 10 orang (pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.
Sehubungan itu, SPR membuka tiga pusat mengundi dengan 11 saluran bagi pengundian awal manakala 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan dibuka pada hari pengundian, dengan jumlah petugas terlibat pada PRK itu seramai 1,126 orang.
Pada pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan. - Sinar Harian
Berita berkaitan
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am
Akmal Nasrullah pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru
March 28, 2025, 11:41 am
'Kalau betul sayangkan ummah, dulu tak keluar UMNO tubuh parti lain' - Tok Mat
March 24, 2025, 11:06 am
Makin sengit, Ramanan umum bertanding Naib Presiden PKR pada pemilihan Mei ini
March 19, 2025, 2:38 pm
Utamakan cadangan DAP belakangi ketetapan Allah - Abdul Hadi
March 17, 2025, 11:09 am
Fahmi Fadzil umum bertanding jawatan Naib Presiden PKR
March 17, 2025, 9:09 am
Gobind Pengerusi baharu DAP, Guan Eng dilantik Penasihat, Loke kekal Setiausaha Agung
March 14, 2025, 2:03 pm