TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Nenek 71 tahun disamun, dirogol lelaki warga asing di Cyberjaya

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

SEPANG 13 Sept. - Seorang lelaki warga asing bukan sahaya menyamun, malah sanggup melampiaskan nafsunya dengan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah apartment di Cyberjaya pada Jumaat ketika mangsa berada di kediaman tersebut.

Suspek kemudian telah datang sebelum bertindak menyamun mangsa serta merogolnya di lokasi tersebut.

Ketua Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 12.18 pagi.

"Siasatan kemudian membawa kepada penahanan suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga warga asing di sekitar Cyberjaya kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

"Selain tangkapan, kita turut merampas barangan milik mangsa yang disamun suspek itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 376/392 Kanun Keseksaan. - Media Telus

+ - reset