TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Penaja 20 rumah amal GISBH dalam siasatan polis

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Sept - Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan dana yang disumbangkan kepada 20 rumah kebajikan kendalian Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang diserbu menerusi Op Global, Rabu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman digerakkan bagi menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, selain dana, siasatan turut dijalankan terhadap lain-lain perniagaan yang berkaitan rumah kebajikan itu dan kemungkinan wujud kes pemerdagangan manusia.

"Kami percaya pusat jagaan itu mempunyai penaja lain, selain GISBH.

"Ada juga rumah orang tua yang menerima dana daripada GISBH dan sumber lain juga," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan PDRM menjalankan siasatan terhadap GISBH yang disyaki terbabit kegiatan eksploitasi kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, ia susulan empat laporan yang diterima pihaknya di sekitar Selangor.

+ - reset