TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

13 kanak-kanak disyaki telah diliwat - KPN

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Tiga belas kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hal ini berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni di rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Bernama

+ - reset