TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Infografik

Al-Sultan Abdullah kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 27 penerima

By
|
Kongsi
image

Tengku Puteri Seri Lela Wangsa, Tengku Tan Sri Dr Meriam Sultan Ahmad Shah mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) yang membawa gelaran Datuk Seri Setia.

Pada majlis pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan.

Selain itu, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Indera Baharin Din dan Pengarah Urusan Southern Acids (M) Berhad, Dr Low Kok Thye.

Sementara itu, baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera kepada Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Noor Mohamad AkmarMohd Dom; Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral TUDM Datuk Mohd Shahda Ismail; Presiden Tunku Abdul Rahman University Of Management and Technology (TAR UMT), Prof Ir Dr Lee Sze Wei dan Pengarah Urusan Menara Network Sdn Bhd, Datuk Ab Razif Asmuni.

Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada Peguam Kanan Tetuan Nik Saghir dan Ismail Peguambela dan Peguamcara, Tengku Shaiful Aftar Shah TengkuMustafa; Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir Mohd Zaki Mat Amin; Pengerusi Yindi Group China, Zhu Yilong; Timbalan Pengerusi Thailand Charoen Pokphand Group (China), Li Wenhai.

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Asisten Ketua Staf Kejuruteraan TUDM, Mejar Jeneral Hishammudin Abdul Rahman; Panglima Bantuan Udara TUDM, Mejar Jeneral Masro Kaliwon serta Pengarah Urusan Asian Art Production Sdn Bhd,Rozaidi Baharudin.

Dalam pada itu, 11 orang dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Sapiah Mohd Nor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar; ADUN Beserah, Andansura Rabu dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Turut tersenarai, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Ahmad Sabri Mohamed; Pegawai Daerah Raub, Mohd Khuzaidi Harun; Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Fadil Marsus; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Leftenan Kolonel Profesor Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman; Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamad; Presiden Stella Maris International School, Kuala Lumpur, Tang Beng Cheok serta Pengerusi Eksekutif FMT Media Sdn Bhd, Nelson Fernandez.

Sumber - Berita Harian

 

+ - reset