TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Harap semua masalah dapat diselesaikan segera, kesan terlalu besar buat pasukan - Nafuzi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain berharap masalah kewangan yang melanda pasukan tersebut dapat diselesaikan segera kerana bakal memberikan kesan kepada banyak pihak.

Menurutnya, biarpun belum kelihatan pemain utama akan turun menjalani latihan, namun persiapan rapi tetap diteruskan dengan pemain bawah 23 tahun bagi meneruskan perjuangan menghadapi Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super 2024-2025, Sabtu ini.

“Saya rasa semua orang dah maklum dengan situasi sekarang. Cuma saya berharap dapat diselesaikan dengan segera kerana kesannya terlalu besar kepada pasukan dan semuanya.

“Diharapkan dapat selesai secepat mungkin,” katanya pada petang Rabu.

Ditanya sama ada pemain-pemain utama KDA FC akan mula turun berlatih pada Khamis, beliau masih tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, berdasarkan persiapan yang telah dilakukan sejak Selasa, berkemungkinan besar skuad bawah 23 tahun yang bakal membawa cabaran beraksi menentang KL City FC.

“Kita tidak tahu lagi lah sehari dua lagi apa akan berlaku, tapi saya boleh katakan untuk hari ini (Rabu) skuad bawah 23 tahun yang akan bersedia bagi membuat persiapan yang begitu singkat kerana mereka juga baharu sahaja memulakan latihan

“Bagi saya, kita perlu menerima apa sahaja keputusan yang berlaku kerana tidak tidak boleh mengharapkan apa-apa kerana pembentukan pasukan juga baru dua tiga hari berlatih dan kebanyakkan mereka ini adalah pemain yang baru beraksi di Sukan Malaysia (Sukma),” ujarnya.

Tambah Nafuzi, pasukan kejurulatihan KDA FC akan tetap membuat persiapan terbaik dengan kualiti dan pemain yang ada setakat ini.

Katanya, satu aksi persahabatan dengan pasukan Piala Emas Raja-Raja Negeri Kedah diadakan bagi melihat dan menilai pemain yang sesuai untuk diturunkan semasa bertemu KL City FC.

KDA FC kini berada di tangga kelapan dengan mengumpul lapan mata manakala KL City FC di tangga ke-11 dengan lima mata selepas lapan perlawanan

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan KDA FC dilihat bakal menurunkan skuad muda pada aksi Liga Super 2024-2025 menentang KL City FC pada Sabtu.

Latihan Sang Kenari yang berjalan di Stadium Darul Aman pada Selasa menyaksikan hanya pemain muda sahaja yang berlatih bersama Nafuzi.

Masalah kewangan dipercayai menjadi antara punca pemain utama KDA FC tidak turun berlatih. - Sinar Harian

+ - reset