Berita Jenayah
Sempat beri kad ATM pada scammer, pesara kerajaan hilang lebih RM1 juta
IPOH 12 Sept – Nasib malang menimpa seorang pesara kakitangan awam wanita apabila terpaksa menanggung kerugian lebih RM1 juta selepas terperdaya sindiket yang mendakwa mangsa kononnya terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Mangsa yang berusia 67 tahun sebelum itu menyerahkan kad ATM miliknya kepada individu yang mengaku polis dan pegawai SKMM kononnya bagi membantu menyelesaikan kes dihadapinya itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata laporan kejadian penipuan itu diterima pada jam 4.12 petang kelmarin daripada pesara wanita terbabit selepas menyedari ditipu sindiket menyamar pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta polis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa mula dihubungi sindiket terbabit sejak 8 Ogos lalu ketika berada di rumahnya di Taiping apabila seorang wanita kononnya pegawai SKMM memaklumkan mangsa terbabit kegiatan pengubahan wang haram.
Katanya, talian itu kemudian disambungkan kepada seorang lelaki mengaku anggota polis berpangkat sarjan bagi menyelesaikan kes itu.
"Rentetan itu, mangsa kemudian dihubungi beberapa individu lain mengaku pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
"Mangsa diarah meninggalkan kad ATM Hong Leong Bank miliknya diletakkan dalam sampul surat di atas rumput di alamat seperti diarahkan suspek.
"Selepas itu, mangsa menerima mesej notifikasi pengeluaran wang daripada akaun Hong Leong Bank miliknya dari tarikh 16 Ogos hingga 23 Ogos lalu ke dua akaun bank berbeza. Terdapat juga pengeluaran wang melalui mesin ATM membabitkan jumlah keseluruhan RM476,550, menerusi 75 kali transaksi," katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.
Azizi berkata, mangsa juga diarahkan dua suspek yang mengaku pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan supaya memindahkan wang dalam akaun banknya ke akaun pihak ketiga untuk siasatan bagi mengelak wang dalam akaun dibekukan.
"Kedua-dua suspek berjanji akan mengembalikan wang mangsa selepas siasatan selesai. Disebabkan percaya dengan suspek, mangsa melakukan 24 lagi transaksi pemindahan wang daripada akaun bank AmBank miliknya ke sembilan akaun bank berbeza membabitkan jumlah RM590,000 mulai 24 Ogos hingga 3 September lalu.
"Sebaik saja membuat semakan melalui penyata AmBank dan Hong Leong Bank miliknya, mangsa mendapati mengalami kerugian RM1,066,550. Mangsa mengesyaki dirinya ditipu dan kemudian membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu)," katanya.
Berita berkaitan
September 13, 2024, 7:49 pm
Nenek 71 tahun disamun, dirogol lelaki warga asing di Cyberjaya
September 13, 2024, 4:46 pm
Polis rampas 153kg dadah bernilai RM5.88 juta, 3 anggota sindiket kena cekup
September 13, 2024, 3:15 pm
Penaja 20 rumah amal GISBH dalam siasatan polis
September 13, 2024, 12:49 pm
13 kanak-kanak disyaki telah diliwat - KPN
September 12, 2024, 11:33 am
Isu GISBH: Remaja 19 tahun tak mengaku dera empat budak di pusat jagaan
September 12, 2024, 10:01 am
Harta tokan dadah dilelong, polis raih kutipan lebih RM99,000
September 11, 2024, 10:33 pm
Isu GISBH: Mangsa dedah diliwat dan diajar meliwat, guna objek panas hukum budak degil
September 11, 2024, 4:01 pm
402 individu termasuk budak, remaja jadi mangsa eksploitasi diselamatkan dari rumah amal - Polis
September 11, 2024, 1:58 pm