Berita Jenayah
Isu GISBH: Remaja 19 tahun tak mengaku dera empat budak di pusat jagaan
SEREMBAN 12 Sept - Seorang gadis berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah ini, Ogos lalu.
Dalam laporan Berita Harian, tertuduh yang juga penjaga di pusat jagaan itu mengaku tidak bersalah di dua kamar mahkamah berasingan.
Tertuduh yang memakai jubah hitam dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam ratusan kanak-kanak diselamatkan dalam operasi besar-besaran di Selangor dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Beliau berkata siasatan polis mendapati modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan 'Global Ikhwan Service and Business Holding' (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
Katanya, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am