TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Harta tokan dadah dilelong, polis raih kutipan lebih RM99,000

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

SEREMBAN 12 Sept. - Polis berjaya meraih RM99,981.50 selepas melelong pelbagai barang kemas dan kereta milik tokan dadah pada semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffar Mohd Yussof berkata, hasil lelongan ini adalah salah satu cara kerajaan mendapati pulangan semula daripada harta pengedaran dadah yang diperolehi secara salah dan tidak .

"Lelongan membabitkan 50 barang kemas pelbagai bentuk, empat jam tangan dan tujuh kenderaan dengan nilai simpanan RM57,175.

"Aset yang dilupuskan secara lelongan ini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 selepas selesai perbicaraan dan diperintahkan oleh mahkamah untuk dilucuthakan kepada kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut Ahmad Dzaffar, sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini JSJN Negeri Sembilan berjaya menahan 5,696 individu bersabit pelbagai kesalahan dadah serta menyita aset sejumlah lebih kurang RM4 juta.

"Kita tidak pernah berhenti melaksanakan penguatkuasaan terhadap pengedar dadah dan akan terus menyita harta mereka supaya tidak dapat hidup mewah hasil daripada pengedaran dadah.

"Justeru orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN di talian 012-2087222," katanya. - Media Telus

+ - reset