TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

402 individu termasuk budak, remaja jadi mangsa eksploitasi diselamatkan dari rumah amal - Polis

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 11 Sept – Polis mengesahkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu dan 17 tahun dipercayai menjadi mangsa eksploitasi diselamatkan di 18 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam operasi, Op Global hari ini, 201 daripada jumlah itu adalah kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Katanya, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

"Susulan kes, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Nor Hisam Nordin.

+ - reset