Berita Jenayah
Polis selamatkan kanak-kanak di beberapa rumah amal di Puchong
KUALA LUMPUR 11 Sept – Pihak polis menyerbu beberapa buah rumah amal yang mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang sedang disiasat polis bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malam tadi.
Difahamkan, serbuan itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan berlangsung sehingga awal pagi tadi, termasuk sebuah premis yang terletak di Puchong, Selangor.
Pihak polis juga dikatakan membawa kumpulan kanak-kanak yang ditemui di rumah amal itu ke sebuah lokasi untuk tindakan selanjutnya.
Maklumat lanjut berhubung serbuan berkenaan akan dimaklumkan dalam satu sidang media akan dikeluarkan Bukit Aman dalam masa terdekat.
Sementara itu, kecoh di laman sosial khususnya di kumpulan komuniti Puchong berhubung serbuan berkenaan.
Ada di antara mereka mendakwa melihat pihak berkuasa menyelamatkan kanak-kanak dari rumah amal itu.
Netizen juga mendakwa terdapat sekitar 100 kanak-kanak yang ditempatkan di situ.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am