Berita Politik
PRK Dun Mahkota: PN berjuang menentang kezaliman, kalah menang nombor 2

KLUANG 11 Sept – Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan perjuangan bersama parti akan menentukan masa depan rakyat berbanding mementingkan kemenangan dalam pilihan raya semata-mata.
"Saya hendak maklumkan menang kalah bukan matlamat kita... yang penting ialah sama-sama berjuang menentukan masa depan rakyat akan terbela oleh kita."
Beliau berkata demikian malam tadi, ketika mengumumkan calon yang bakal mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.
Hamzah berkata, walaupun PN belum pernah memenangi kerusi DUN Mahkota, mereka tetap menurunkan calon pada PRK kali ini untuk memperjuangkan pelbagai isu yang dihadapi rakyat kini.
Beliau berkata, antaranya ialah isu kos sara hidup, 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) serta pensijilan halal yang dipercayai berkait kenyataan pemimpin DAP, baru-baru ini.
"Kita akan berjuang menentang kezaliman. Kita tidak mahu rakyat tinggal dalam keadaan terhimpit dengan masalah kos sara hidup.
"Baru-baru ini, isu pensijilan halal pula. Bab halal ini sudah diterima rakyat Malaysia dari dulu, kini dan selama-lamanya insya-Allah. Halal ini sudah digunakan di Malaysia dan juga seluruh dunia... ini agenda yang kita bawa sejak dulu.
"Segala-gala ini akan selesai apabila kita menang... kita kena bekerja kuat, insya-Allah," katanya pada Majlis Pengumuman Calon PRK N29 DUN Mahkota PN di Bilik Gerakan Utama PN DUN Mahkota di Kampung Melayu, di sini, malam tadi.
Hamzah berkata, tujuan dan matlamat majlis itu bukan semata-mata untuk memperkenalkan calon tetapi juga menunjukkan kesetiaan terhadap parti.
Sementara itu bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar yang mesra dipanggil 'Coach Haizan' pula berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memilihnya sebagai calon mewakili PN pada PRK kali ini, dan berkeyakinan mampu mendekati pengundi di DUN Mahkota.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am
PRK Ayer Kuning: Jangan guna modal fitnah nak menang pilihan raya - Mat Sabu
April 14, 2025, 12:21 pm
Aminuddin Harun kekal Ketua Cabang PKR Port Dickson
April 13, 2025, 3:26 pm
Rafizi, Amirudin kekal Ketua Cabang PKR di kawasan masing-masing
April 11, 2025, 1:05 pm
Ahli PKR tegur mufti, minta jangan politikkan isu penguatkuasaan
April 10, 2025, 1:15 pm
MP Bukit Bendera kecam permintaan PAS Pulau Pinang batalkan sambutan Songkran hujung minggu ini
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm