TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Bayi meninggal di pusat jagaan berpantang selepas diberi susu, jururawat direman 7 hari

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 11 Sept - Seorang jururawat yang dipercayai memberi susu kepada bayi lelaki berusia 30 hari sebelum mangsa meninggal dunia di pusat jagaan berpantang kelmarin, ditahan reman tujuh hari.

Suspek wanita berusia 22 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu media melaporkan, bayi lelaki berusia sebulan meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di sini, petang kelmarin.

Bayi berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri pada jam 5.30 petang selepas diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, dilaporkan berkata mangsa dibawa ke Kota Bharu Medical Center (KBMC) untuk rawatan dan disahkan sudah meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan seorang jururawat berusia 20-an pada jam 6 petang semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

+ - reset