Berita Hiburan
Ruhainies, Aliff Aziz akhirnya bersuara isu dakwaan tangkap khalwat
KUALA LUMPUR 15 Mac - Setelah hampir seminggu mengambil tindakan berdiam diri, akhirnya pelakon popular Ruhainies dan Aliff Aziz tampil membuat kenyataan berhubung isu tangkap khalwat membabitkan mereka berdua.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Ruhainies memaklumkan pada malam kejadian adik-beradiknya bercadang untuk makan dan bermalam di rumahnya dan dia mengajak Aliff ikut serta memandangkan pelakon itu sudah lama tidak berjumpa dengan keluarganya.
“Adik-beradik saya memang merancang untuk tidur di rumah pada malam itu. Jadi kami rancang untuk makan bersama adik-beradik saya dan beberapa rakan lain.
“Memandangkan Aliff juga baru selesai menjalani penggambaran saya jemput dia untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga serta adik-beradik saya sejak 10 tahun lalu. Aliff setuju sebab dah lama tak berjumpa dengan mereka,” jelasnya.
Bagaimanapun, pelakon itu memaklumkan kakaknya, Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas sebelum dia dan Aliff mengambil keputusan naik ke rumah terlebih dahulu untuk meletakkan barang keperluan penggambaran.
Jelasnya lagi, dia dan Aliff sempat berborak sebelum pintu rumahnya diketuk namun berasa takut membuka pintu apabila mendengar suara seorang lelaki.
“Saya ingatkan itu kakak saya sebab dia cakap dia dah nak sampai. Tapi apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut membuka pintu atas faktor keselamatan,” jelasnya.
Sejurus Risteena tiba di rumahnya, kakaknya itu memaklumkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berada di hadapan rumahnya.
Sementara itu, Aliff pula dalam satu kenyataan memohon maaf dan mengakui kekhilafan dan menyatakan tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka ketika rumah berkenaan diserbu Jawi.
“Bagaimanapun yang salah tetap salah. Saya bukan nak menegakkan benang yang basah tetapi saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya.
“Namun ingin saya jelaskan bahawa tiada ada apa-apa benda yang berlaku di antara kami,” jelasnya.
Pada masa sama, artis kelahiran Singapura itu menganggap apa yang berlaku sebagai ujian hidup dan akan mengambil perkara itu sebagai iktibar.
Ujarnya, dia mengakui sedar dengan kesilapan yang berlaku bukan sahaja merosakkan reputasinya tetapi nama baik keluarga juga tercemar. – Media Telus
#hiburan #aliffaziz #ruhainies #tangkapkhalwat
Berita berkaitan
January 28, 2025, 4:38 pm
Along Cham dakwa isteri seleweng RM100,000, Aaron Aziz antara mangsa
January 28, 2025, 11:51 am
Baru lepas penjara semalam, Along Cham failkan pengesahan cerai taklik terhadap isteri
January 27, 2025, 4:21 pm
Fatima luah tak sayang Fattah lagi
January 20, 2025, 9:35 am
Ketiadaan Yassin Yahya timbulkan persoalan, anggota Senario kekal berdiam
January 16, 2025, 12:20 pm
Shuib, Mamat tangguh hasrat tunai umrah Ramadan Ini
January 13, 2025, 2:01 pm
Kahar: Kapla High Council sambung tayangan di Astro First
January 7, 2025, 12:19 pm
Jamal Abdillah sambut anak ketujuh pada usia 66 tahun
December 29, 2024, 7:32 pm
Che Ta dah bayar hutang Mara RM550,000 - Asyraf Wajdi
December 26, 2024, 11:11 am
Filem Dongeng Sang Kancil ditayang bermula hari ini
December 24, 2024, 5:00 pm