TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Peguam ‘otai’ terjerat sindiket ‘love scam’, rugi RM1.75 juta

By
|
Kongsi
image

TELUK INTAN 10 Sept - Seorang peguam kerugian lebih RM1.75 juta selepas diperdaya sindiket 'love scam' selepas berkenalan dengan 'teman lelaki' di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa wanita berusia 58 tahun semalam.

"Mangsa yang bekerja di sebuah firma guaman di Ipoh memaklumkan dia berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai lelaki warga asing bekerja sebagai ahli geologi marin.

"Lelaki itu mendakwa datang ke Malaysia untuk satu projek pembinaan tangki dasar laut di pesisir Terengganu, kemudian memperdayakan mangsa dengan menyatakan dia kehilangan semua wang tunainya kerana dirompak.

"Suspek meminta mangsa melakukan beberapa transaksi wang ke lapan akaun bank berbeza, selain berjanji akan membayar semula wang itu," katanya selepas menghadiri Town Hall Discussion di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Azizi berkata, mangsa yang terpedaya dengan janji itu kemudian melakukan transaksi pindahan wang ke dalam lapan akaun bank diberikan suspek secara berperingkat berjumlah RM1.75 juta.

"Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila suspek tidak membayar semula wang itu sehingga hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

+ - reset