Berita Politik
Kenyataan Dr Akmal kritik Teresa Kok adalah biadab - Ketua Pemuda DAP
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengkritik Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok adalah biadab.
Perkara itu menurut Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen tidak sepatutnya berlaku memandangkan Muhamad Akmal adalah seorang daripada pemimpin belia dalam negara.
Katanya, kenyataan Muhamad Akmal itu berbaur seksis dan misoginis yang boleh membangkitkan kebencian terhadap wanita.
“Kenyataan Akmal itu berbaur seksis dan misoginis (kebencian terhadap wanita) dan benar-benar biadab serta tidak wajar (dilakukan oleh) seorang pemimpin belia di negara kita.
“Perbuatan sebegini wajar ditegur dan dikutuk kerana ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang lain terutamanya kepada belia negara kita tentang sikap seorang pemimpin negara,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Terdahulu, Muhamad Akmal menerusi hantaran video di TikTok mengecam kenyataan Kok berhubung isu cadangan silil jalal bagi setiap restoran dan kedai makan.
Dalam video tersebut, Muhamad Akmal mengingatkan Kok agar tidak mencampuri urusan agama Islam khususnya berkaitan pensijilan halal.
“Kalau kamu tak tahu tentang agama kami, jangan cakap. Kamu diam lebih elok dan saya minta juga kepada kerajaan sediakan satu logo non (tak) halal, tampal dekat dahi nyonya tua ini,” kata Muhamad Akmal.
Dalam pada itu, Kelvin berkata, Muhamad Akmal sepatutnya menentang kenyataan Kok dengan menggunakan hujah dan fakta.
Kelvin turut mengingatkan Akmal bahawa Kok telah dipilih menjadi wakil rakyat sejak 1999, dan beliau adalah ahli Parlimen enam penggal, iaitu kira-kira 25 tahun sejak 1999.
“Apa yang Kok lakukan adalah untuk membangkitkan kebimbangan yang sah oleh orang yang diwakilinya dan walaupun seseorang itu tidak bersetuju dengan perkara yang dia sampaikan, seseorang sentiasa boleh menentangnya dengan fakta dan hujah dan bukan panggilan nama.
“Perkara penting ini akan dibincangkan secara menyeluruh oleh pemimpin kita dalam kabinet, dan tidak seharusnya dijadikan polemik dan dipolitikkan,” katanya.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am