Berita Jenayah
Polis minta bantuan INTERPOL kesan suspek tanam mayat bayi dalam simen parkir
IPOH 9 Sept - Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menjejaki dan menahan suspek warga Indonesia berhubung kes penemuan mayat bayi yang ditemui ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah di Taman Sri Rokam, di sini, pada 28 Ogos lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ketika ini usaha mengesan suspek iaitu seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan, dan polis juga ketika ini tidak pasti mengenai keberadaan wanita itu sama ada masih di Malaysia atau sudah pulang ke negara asalnya.
"Kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) selain menggunakan semua (kekuatan) risikan kita.
"Mungkin kalau kalau kita kenal pasti subjek itu sudah balik (ke negara asal), maka kita akan menggunakan saluran diplomatik melalui INTERPOL," katanya dalam lapora Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bulan September 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaan pereputan mayat (uncertained due to decomposition).
Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya juga tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan atau sebaliknya.
Beliau berkata, tidak terdapat sebarang kecederaan ditemui pada mayat bayi perempuan itu dengan ia dipercayai berumur tujuh bulan ketika dilahirkan.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa di rumah tempat penemuan mayat bayi di bawah lantai simen itu.
Berdasarkan penerangan pemilik rumah berkenaan, rumah itu disewakan sejak tiga tahun lepas kepada seorang wanita warga Indonesia dengan bayaran RM400 sebulan namun wanita itu telah melarikan diri sejak sebulan lalu.
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm
Remaja 15 tahun diculik, tujuh suspek ditahan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm