TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Empat suspek termasuk dua wanita ditahan terlibat kes curi kabel di Ampang

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 32 tahun ditahan kerana terlibat dengan kes curi kabel pada 3 September lalu di Taman Bukit Teratai, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihanya sebelum itu megesan beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang menarik kabel disyaki untuk dicuri.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat sebuah empat roda dipercayai dinaiki kesemua suspek telah bertindak melarikan diri.

"Kenderaan suspel bertindak berundur hingga melanggar bahagian depan kereta peronda sebelum melarikan diri.

"Berlaku kejar mengejar lebih kurang 200 meter dan suspek telah melanggar pembahagi jalan di persimpangan masuk MRR2 sebelum hilang jejak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohd Azam, suspek telah ditahan pada 4 September di sekitar Kajang, Selangor dan turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang digunakan dalam kejadian serta beberapa alatan memotong kabel.

Jelasnya, dua suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 7 September lalu," katanya. - Media Telus

+ - reset