Berita Jenayah
Beri alasan senggugut elak 'kantoi' selepas beranak, buang anak belakang rumah
MACHANG 9 Sept - Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang pengadu berusia 68 tahun berkaitan penemuan bayi itu jam 10.45 pagi.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 20-an iaitu ibu kepada bayi berkenaan adalah anak angkat kepada pengadu.
"Pengadu memaklumkan, semalam suspek hanya berbaring seharian di atas katil dengan alasan darah haidnya keluar banyak dan dalam kesakitan.
"Bagaimanapun, suspek mengaku bayi yang ditemui adalah anak yang baharu dilahirkannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi," katanya.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan terhadap kes ini selesai dijalankan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm
Remaja 15 tahun diculik, tujuh suspek ditahan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm